DAP berpengaruh singkirkan Umno keluar kerajaan?

Punca Umno tarik diri dari Himpunan Solidariti Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menarik diri daripada solidariti terhadap rayuan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak berkaitan adendum telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kenyataan Yang di-Pertuan Agong tidak melarang sebarang perhimpunan berkaitan isu tersebut. 

“Kenyataan Duli Yang Maha Mulia cuma menjelas cara pengampunan boleh diberi. Perhimpunan berkenaan adendum boleh diteruskan oleh Umno,” katanya dalam media sosial miliknya semalam.

Namun, Dr Mahathir menegaskan, isu sebenar yang mengekang Umno adalah tentangan daripada DAP terhadap usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Menurutnya, jika kerjasama itu diteruskan, Umno mungkin akan disingkirkan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), manakala pengaruh pemimpin DAP, Lim Guan Eng, masih kuat.

“Kerajaan tidak akan jatuh jika Umno disingkir. Tetapi nasib pemimpin Umno boleh terjejas apabila Umno bukan lagi dalam kerajaan.

“Inilah nasib Umno. Keselamatan pemimpin Umno bergantung kepada sertaan dalam kerajaan. Sokongan DAP diperlukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/1/2025

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!