Sepintas lalu buku Al-Quds: Sejarah dan peristiwa

- Advertisement -

SAYA terjumpa buku di atas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 24) baru-baru ini. Buku dalam bahasa Arab ini berjudul: Al-Quds: Taarikh wa ahdath. Ia dicetak pada tahun 2021. Penulisnya Auni Muhammad Al-Alawi menulis pendahuluan bukunya dengan menyebut tempatnya di Khanyunus, Gaza, Palestin.

- Advertisement -

Buku berkulit keras, berwarna kelabu dengan kualiti cetakan yang baik ini ada 258 muka surat. Ia mengandungi subtopik yang agak banyak. Saya hanya sebutkan subtopik-subtopik ini dalam sorotan ringkas terhadap buku ini. Melalui urutan subtopik ini, sedikit sebanyak dapat diketahui apa yang mahu dibincangkan dalam buku ini. 

Ia bermula dari zaman awal mengenai kisah lahirnya Nabi Ibrahim di Oor hingga berhijrah ke Syam, kaitannya dengan Quds, bandar yang didiami oleh manusia, Al-Quds antara dibina dan diruntuhkan, Al-Yabusiyyun membina Baitul Maqdis, hubungan Mesir kuno dengan Al-Quds, Nabi Ibrahim ketika di Quds, Nabi Musa dan bumi suci, Al-Quds sebagai ibu negara kerajaan Nabi Daud, kemudian Nabi Sulaiman.

Ia berpindah kepada perang Babylon ke atas Baitil Maqdis, Parsi menguasai Baitul Maqdis, Yunan dan ketidakstabilan di Al-Quds, Rom di Al-Quds, kelahiran Isa ketika Rom berkuasa, Rom menjadi Kristian dan kesannya kepada Baitul Maqdis, Rom membangunkan Baitul Maqdis.

Kemudian dibincangkan Al-Quds di zaman awal Islam, peristiwa Isra’ dan kaitannya dengan Baitil Maqdis, Al-Quds dan Mikraj, surat Nabi kepada Hercules, berita gembira buat umat Islam dengan kemenangan Rom ke atas Parsi, Perang Mu’tah, Perang Tabuk.

Berikutnya misi tentera Usamah bin Zaid, tentera Abu Bakar buka Palestin, Perang Yarmouk, pembukaan Palestin, Perang Ajnadin, Muawiyah membuka Qaisariyyah dan Asqalan, hadis Nabi tentang pembukaan Baitil Maqdis, pembukaannya, orang Islam kepung Baitul Maqdis, Umar berjalan ke Quds, keadaan Umar ketika menuju Baitul Maqdis, Piagam Al-Umariah untuk penduduk Baitul Maqdis, Umar di Baitul Maqdis.

Seterusnya Bani Umayyah dan Al-Quds, keadaan Al-Quds di zaman Bani Umayyah, Al-Quds di zaman Abdul Malik dan Al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik dan BaitulMaqdis, hubungan Abbasiyyah dan ahli zimmah di Al-Quds, puak Toulun dan penguasaan ke atas Al-Quds, Al-Quds di bawah penguasaan golongan Al-Ikhsyid, Al-Quds di bawah Fatimiyyin, sikap Fatimiyyun kepada kelompok Kristian di Quds, keadaan Quds di zaman Fatimiyyin.

Dibincangkan penjajahan Salibiyyah ke atas Baitil Maqdis, ancaman gereja kepada Eropah, faktor Perang Salib, serangan Salib pertama, jatuhnya Quds di tangan tentera Salib, benteng Quds sebelum jatuh, kelompok manusia di Quds sebelum jatuh, pencerobohan ganas ke atas Quds, tentera Salib serang Al-Quds, faktor orang Islam kalah dengan tentera Salib, Al-Quds menjadi bandar tentera Salib, reaksi dunia Islam bila jatuhnya Al-Quds ke tangan tentera Salib, usaha keluarga Az-Zinki melawan tentera Salib.

Disebut mengenai Salahuddin Al-Ayyubi dan Al-Quds, persediaan Salahuddin menghadapi tentera Salib, membetulkan aqidah, membanteras ujian dalaman, usaha Salahuddin membangunkan Al-Quds, juga sudut ekonomi, kemasyarakatan, usaha menyatukan umat, Hittin membuka laluan ke Al-Quds, Salahuddin membebaskan Al-Quds, Salahuddin terima Al-Quds, Salahuddin menyapu airmata Al-Quds, Jumaat pertama di Al-Quds selepas selepas pembukaannya, penduduk Al-Quds selepas pembebasannya, pertembungan dengan tentera Salib sekitar Al-Quds, persediaan untuk kepungan yang lama, hari akhir Salahuddin di Al-Quds, perdamaian Ar-Ramlah, hubungan politik di dunia Islam ketika pemerintahan Salahuddin.

Subtopik seterusnya ialah pengganti Salahuddin dan Al-Quds, Al-Aadil dan Baitul Maqdis, Al-Muazzam Isa dan Baitil Maqdis, Al-Kamil al-Ayyubi dan Quds, kesan serah Quds kepada tentera Salib terhadap orang Islam, An-Nasir Daud dan pembebasan sementara Quds, raja yang soleh Ayyub dan pembebasan Quds, Quds antara dinasti Ayyub dan Mamalik, Quds dan terpecahnya Tartar, Quds dan negara Mamalik, pentadbiran Quds di zaman Al-Mamalik, tentera Salib dan cubaan yang gagal menjajah Quds.

Ia berpindah kepada perbincangan mengenai kerajaan Uthmaniyyah dan Quds, penguasaan Uthmaniyyah ke atas Quds, isu-isu berbangkit mengenai Quds di zaman Uthmaniyyah, Quds di bawah penguasaan Muhammad Ali al-Kabir, Quds kembali dikuasai oleh Uthmaniyyah, Quds di zaman Sultan Abdul Hamid ke-2, sistem pentadbiran di Quds di zaman Uthmaniyyah, kedudukan Quds di hujung pemerintahan Uthmaniyyah, hubungan Quds dengan dunia luar bertambah di akhir pemerintahan Uthmaniyyah.

Disentuh mengenai Britain cuba menjajah Quds, serangan Britain gagal menjajah Quds, serangan Britain ke-2, Revolusi Al-Buraq, Perjanjian Balfour, kewujudan Yahudi di Quds kurun ke 19, kewujudan Yahudi di Quds ketika penjajahan Britain, Perang ‘Toriq Al-Quds Tel Aviv’, rejim Zionis menjajah Al-Quds, rejim Zionis menjajah Quds Barat, Arab kuasai Quds Timur, Zionis jajah Quds Timur, politik Zionis di Quds selepas dijajah, pendudukan Zionis di Quds, Zionis ambil berat isu pendidikan, Universiti Hebrew dibina di Quds, pendudukan Yahudi yang berselerak di Quds, pendudukan Zionis yang tersusun di Quds, pendudukan Zionis di Quds ketika penjajahan Britain, pendudukan ‘Israel’ di Quds Barat selepas dijajah, pendudukan Zionis di Quds selepas perang bulan Jun ‘Yunieh’.

Subtopik berikutnya ialah pengyahudian Quds, pengyahudian Quds dengan mencabut pemilikan tanah dari orang Arab, pengyahudian Quds dengan mengubah sempadan geografi kawasan, pengyahudian Quds dari sudut kependudukan, pengyahudian Quds dengan memindahkan penduduk Arab, pengyahudian Quds dengan membakar pembangunan di kawasan Arab, pengyahudian Quds dengan mengubah nama jalan, bandar, pengyahudian Quds dengan meruntuhkan bangunan orang Arab.

Kemudian dibincang subtopik pengisytiharan Quds sebagai ibu negara regim Zionis, Quds yang besar, pendirian negara Arab dan antarabangsa mengenai isu Quds, Lajnah Al-Quds, pendirian Pertubuhan Pembebasan Palestin mengenai isu Quds, pendirian penduduk Palestin mengenai isu Quds, beberapa pandangan yang dilontar mengenai isu Quds, Persidangan Arab mempertahankan Quds, Al-Azhar dan Quds, Al-Azhar dan keperibadian Quds, isu Quds di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perkembangan keputusan pembahagian Quds, Quds dalam ketetapan pembahagian wilayah, Lajnah Penyelarasan, keputusan penggiliran Quds, kesudahan ketetapan penggiliran Quds di PBB, kepimpinan terhadap bandar Quds.

Penulis memetik ciri-ciri bandar (seperti yang disebut oleh Ibn Khaldun), Quds dalam Islam, Kristian dan Yahudi, sudut aqidah dalam pandangan orang Islam terhadap Quds, hubungan Isa al-Masih dengan Quds menurut Islam, pergaulan orang Islam terhadap penduduk Quds ketika mereka menguasainya, kesan-kesan sejarah di Quds, Quds dalam kitab Perjanjian Baharu, Quds dalam kitab Perjanjian Lama.

Penulis juga menyebut pandangan Yahudi mengenai kepentingan Quds: kepentingan Quds menurut sumber Yahudi, pusat bumi dan Quds dalam undang-undang Yahudi, Quds-menghapuskan sejarah, kepentingan rohani mengenai Quds, pelbagai simbol bagi Quds, Al-Quds yang bersifat ‘langit dan bumi’, ‘kulliy’/keseluruhan dan juz’i/terperinci.

Penulis mengakhiri bukunya dengan menulis kedudukan Quds di sisi orang Islam dan penutup.

Al-Quds sentiasa di hati,
Semoga dapat dibuka akhirnya,
Perjuangan tidak pernah berhenti,
Menang atau syahid, tempatnya di syurga
. – HARAKAHDAILY 15/6/2024

Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.

- Advertisement -