Pemuda PAS Sabah terbuka terima lebih ramai belia

- Advertisement -

SEPANGGAR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Khairul Yunus berkata pihaknya terbuka untuk menerima lebih ramai belia terlibat dengan program kebajikan dan kemasyarakatan sekitar Sepanggar.

- Advertisement -

“Pemuda PAS tidak bersifat eksklusif malah bersifat inklusif dalam masyarakat khususnya di Sepanggar,” ujarnya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar di pejabat PAS negeri di sini, kelmarin.

Katanya, Dewan Pemuda PAS negeri sangat menggalakkan pemuda kawasan memperbanyakkan program untuk memasyarakatkan PAS dengan anak-anak muda khususnya di Karambunai.

“Pemuda PAS mestilah cakna dengan dengan isu kebajikan masyarakat sekitar dan sesama ahli. Amalkan sikap ambil tahu dan tidak meminggirkan sahabat,” kata beliau lagi.

Sempena mesyuarat agung yang bertemakan Pemuda Terus Mara Menuju Kemenangan, Pemuda PAS Cawangan Karambunai ditubuhkan.

Ketua Pemuda PAS kawasan, Rizal Latif menyerahkan borang keahlian Pemuda PAS Cawangan DUN Karambunai kepada Khairul sebagai simbolik penubuhan cawangan tersebut.

Rizal dalam ucapannya menyeru ahli Pemuda PAS kawasan supaya sentiasa berpegang kepada asas-asas tarbiah dalam gerak kerja bagi memastikan intipati sebenar perjuangan dapat dicapai.

Sebanyak lima anugerah turut disampaikan dalam mesyuarat kali ini iaitu Anugerah Belia Masjid kepada Rizuan Anggun, Abdul Razak (Anugerah Belia Masjid – Pengurusan Masjid) disandang oleh, disandang oleh Belia Tebobon (Anugerah Belia Aktif), Muhd Julfikar Juli (Anugerah Pemuda Istiqamah) dan Anugerah Khas Ketua Pemuda yang diberikan kepada Hasnidar Iskandar dan Nafisah Matli.

Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Ummu Asma Abu dan ahli jawatan kuasa, Norhazimah Samsuddin dan Shaliza Hayati A. Wahab turut hadir. – HARAKAHDAILY 20/5/2024

- Advertisement -