Lapor salah laku Menteri: PAS puji tindakan NUBE

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS memuji tindakan berani Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Wilayah Utara yang telah membuat laporan polis terhadap salah laku seorang individu berpangkat Menteri.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong diadukan dalam laporan polis oleh NUBE Wilayah Utara sebagai telah menyalahguna kuasa dalam isu pembayaran bantuan perayaan bagi pekerja-pekerja bank.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS menyokong gesaan NUBE agar siasatan segera dilaksanakan ke atas menteri ini yang sekiranya terbukti bersalah, tindakan tegas perlu dikenakan ke atas beliau dan pihak terlibat.

“Jika di dalam isu guru-guru PASTI yang merupakan sukarelawan parti pun kerajan boleh membuat siasatan dan tekanan atas nama keadilan dan perikemanusiaan kononnya, kita yakin keadilan terhadap pekerja-pekerja bank ini juga tidak akan dipandang ringan oleh pihak kerajaan.

“Tindakan menteri ini didakwa telah menjejaskan kira-kira 15,000 pekerja bank yang terdiri daripada golongan B40 dan M40,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.

Pengerusi NUBE Wilayah Utara, Abdul Jamil Jalaludeen dipetik berkata, rundingan berhubung pembayaran bantuan itu hanya dilakukan oleh Steven Sim dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) tanpa penglibatan NUBE.

Ditambah pula, tindakan Steven Sim membenarkan pemberian bantuan khas perayaan pada kadar setengah bulan gaji serta secara one-off adalah bertentangan dengan memorandum perjanjian bersama MCBA yang ditandatangani mereka pada 5 April tahun lalu. – HARAKAHDAILY 19/4/2024

- Advertisement -