Kurta jadi pilihan, mesra poket

Baju Melayu (kiri) atau kurta (kanan) yang mana satukah lebih menjadi pilihan sempena Aidilfitri pada tahun ini? (FOTO HIASAN)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini yang dijangka diraikan esok, baju kurta lebih dilihat menjadi pilihan untuk dibeli dan dipakai oleh golongan lelaki kerana ia mesra poket berbanding harga baju Melayu.

Bukan menghilangkan adat dan budaya baju Melayu tetapi ramai yang berpendapat baju Melayu yang dijual di pasaran mahal harganya sehingga boleh mencecah ratusan ringgit, berbanding kurta yang boleh dibeli dengan nilai di bawah RM100 sehelai.

- Advertisement -

Tinjauan di laman Facebook mendapati, pilihan baju kurta untuk digayakan pada awal syawal adalah pilihan yang tepat kerana itulah kemampuan mereka untuk tahun ini.

“Baju Melayu mahal, mesti beli satu set, tapi kalau baju kurta hanya perlu beli baju sahaja pun boleh,” ulas paparan Facebook@Lee Lajabara.

Secara amnya, kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki yang paling biasa di pakai di India dan Pakistan.

Kurta juga sering dipadankan dengan jeans atau seluar slack dan kerana itu baju kurta mudah untuk dipakai untuk aktiviti harian.

Menerusi perkongsian yang lainnya, sehubungan itu muncul pendapat netizen agar masyarakat di Malaysia masih mengekalkan tradisi memakai baju Melayu kerana umat Islam akan meraikan Aidilfitri setahun sekali sahaja.

“Setuju utamakan budaya kita, setahun sekali.”

“Kesian, dah hilang budaya baju melayu,” ujar netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang tidak memilih baju Melayu adalah faktor cuaca Malaysia sekarang yang panas. Pemakaian yang selesa dan kemas di hari raya perlu diambil kira.

“Saya cepat berpeluh bila memakai baju Melayu, kurta sebaliknya simple dan tak panas,” tegas netizen melalui Facebook@Muhammad Syafiq Rosman. – HARAKAHDAILY 9/4/2024

- Advertisement -