KDN FC mahu cipta kejayaan Liga Super 2024/2025

Rezal Zambery Yahya
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Namim (KDN) FC berazam mencipta kedudukan lebih baik dalam Liga Super musim 2024/2025.

- Advertisement -

Penolong Ketua Jurulatih, Rezal Zambery Yahya berkata, keyakinan itu berdasar semangat pasukan yang sudah memulakan latihan sejak minggu lalu di Padang Perdana Kota Bharu.

Katanya, antara kaedah yang difokus kepada kardio pemain dengan memulakan latihan intensif untuk menyesuaikan diri sempena Ramadan.

“Secara peribadi saya berhasrat untuk mengangkat KDN FC sebagai sebuah pasukan yang dapat memberi saingan kepada pasukan-pasukan bola sepak lain di negara ini.

“Saya mahu meletakkan KDN FC sebagai pasukan yang mampu berdaya saing dan berada pada kedudukan liga yang lebih baik,” katanya selepas Majlis Pelancaran Logo KDN FC dan Iftar, di sini petang semalam.

Menurutnya juga KDN FC berada pada landasan yang betul bagi meneruskan saingan liga pada musim ini.

Beliau juga memberitahu sedia bekerjasama dengan ketua jurulatih yang akan dilantik dalam masa terdekat.

“Ketua jurulatih akan diumumkan tidak lama lagi dan insya-Allah saya akan bekerjasasma bagi membentuk team KDN FC yang lebih baik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/3/2024

- Advertisement -