70 tahun Muslim League Kedah bantu India Muslim

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 600 India Muslim menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Muslim League Kedah.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan sumbangan pada majlis yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, semalam.

Program itu merupakan sumbangan bakti kepada negeri terutama membantu golongan India Muslim yang kurang berkemampuan di musim perayaan.

Kata Sanusi, NGO Muslim League Kedah antara badan pertubuhan bukan kerajaan yang banyak berjasa khususnya kepada India Muslim di negeri ini.

“Terima kasih kepada Muslim League Kedah atas jasa baik tuan-tuan selama 70 tahun menyumbangkan bakti kepada Kedah dan Malaysia juga secara amnya,” ujar beliau. 

Majlis berkenaan juga turut dihadiri pelbagai kaum termasuk saudara baru (mualaf) dan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Selain menerima sumbangan berupa makanan keperluan harian dan duit raya, mereka juga diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama tetamu yang lain.

Pengerusi Pendidikan, Agama, Penerangan dan Komunikasi negeri, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -