Ashah tinjau persiapan awal Rumah Terbuka Aidilfitri

Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali meninjau tapak Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri MB Kedah yang dijadualkan April hadapan.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Persiapan awal untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah telah dimulakan.

- Advertisement -

Majlis dijadualkan diadakan di kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon, April hadapan.

Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali antara Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diberi amanah untuk mengepalai program terbabit.

“Peringkat awal ini, kita pergi tengok tapak dahulu untuk merangka landskap kedudukan gerai makanan, khemah dan lain-lain,” kata beliau.

Beliau sebelum itu telah mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Sulit Menteri Besar, Helmi Yahya dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

“Semoga persiapan majlis tahun ini berjalan lancar seperti tahun lalu,” ujar Ashah lagi.

Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Besar tahun lalu dihadiri lebih 50,000 pengunjung dari setiap lapisan masyarakat. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -