11 buah PASTI baharu dibuka di Johor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Johor mula beroperasi pada sesi 2024/2025 kali ini.

- Advertisement -

Menurut pengarahnya, Mohd Fairuz Alias, ia menjadikan keseluruhan PASTI yang beroperasi di negeri ini sekarang berjumlah 209 buah.

Jelas beliau, pertambahan itu melibatkan dua PASTI masing-masing di kawasan Pengerang dan Pagoh.

Selain itu, katanya, bagi kawasan Segamat, Pontian, Pasir Gudang, Tebrau, Pulai, Mersing dan Bakri masing-masing mencatatkan pertambahan satu PASTI baharu.

“Dari sudut bilangan pelajar keseluruhan yang mendaftar PASTI tahun ni, seramai 10,781 orang mendaftar termasuk pelajar yang naik kelas daripada kelas empat tahun ke lima tahun dan daripada kelas lima tahun ke enam tahun.

“Ini bermakna ada peningkatan berbanding tahun lepas. Tahun lepas 10,224 orang sementara tahun ni 10,781 orang. Jadi ada kenaikan sebanyak 5.4 peratus,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, guru-guru dan murid-murid dilihat bersemangat untuk pembukaan sesi persekolahan dengan sebahagian besar murid dapat menyesuaikan diri kerana adanya orientasi murid di PASTI.

“Itu yang saya lihatlah di kesempatan saya mengadakan lawatan ke beberapa cawangan PASTI pada hari pertama persekolahan pada Ahad lepas.

“Keterujaan ibu bapa melihat anak-anak mereka gembira di PASTI apabila guru-guru berjaya menarik minat murid untuk fokus dan belajar asas dengan seronok,” ujarnya.

Tambahnya, pihak PASTI Johor turut mengedar kurma kepada guru-guru PASTI sempena menyambut bulan Ramadan al-Mubarak sebagai tanda ingatan dan sama-sama meraikan kehadiran bulan yang mulia ini. – HARAKAHDAILY 15/3/2024

- Advertisement -