ADUN Santan teruskan program Ziarah Kasih Ramadan

Muhammad Azmir Azizan menyerahkan barang keperluan kepada penduduk.
- Advertisement -

PADANG BESAR: Program Ziarah Kasih Ramadan diteruskan kali kedua pada tahun ini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

- Advertisement -

Beliau menyatakan bahawa program tersebut adalah kesinambungan dari tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, seperti biasa tahun ini kita teruskan program Ziarah Kasih Ramadan, bertemu dengan golongan miskin, orang kurang upaya dan sakit di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan.

“Mudah-mudahan kita dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan tersebut dan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun lepas,” katanya.

Program tersebut telah dimulakan semalam dengan menziarahi lapan buah rumah penduduk di Kampung Paya.

Turut serta Pengerusi Majlis Pembangunan Keselamatan Kampung (MPKK), Syed Baharuddin Syed Husin dan Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN.

Terdapat 19 MPKK di DUN berkenaan dan pihaknya menyasarkan sebanyak enam hingga lapan buah untuk diziarahi di setiap kampung. – HARAKAHDAILY 15/3/2024