Pelajar tidak sedari tulang belakang bengkok

- Advertisement -

TUMPAT: Pelajar Sekolah Menengah Chabang Empat Tumpat, Muhammad Aiman Abdullah, 15 tidak menyedari keadaan tulang belakangnya bengkok.

- Advertisement -

Katanya biarpun keadaan tulang belakangnya bengkok, namun dia tidak merasa sakit.

“Begitu juga selepas pembedahan hampir sebulan lalu juga tak rasa sakit. Cuma tahun lepas saya ke Pusat Kesihatan Kelaboran doktor buat x-ray.

“Hasil x-ray mendapati tulang belakan saya memang bengkok,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik ketika ditemui ketika lawatan ADUN Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah ke rumahnya di Kampung Tanjung hari ini.

Berikutan itu, Aiman berkata, beliau menjalani pembedahan untuk membetulkan semula tulang belakangnya pada 26 Febuari lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.

Menurut ibunya Siti Aisyah Ismail, Aiman diberi cuti sakit sehingga 19 Mac ini oleh doktor selepas menjalani pembedahan.

Sementara itu, Mohd Rusli berkata, Pusat Khidmat DUN Wakaf Bharu akan membantu adik Aiman bagi mendapat bantuan kerajaan negeri di bawah pesakit kronik.

Menurutnya juga tahun lepas seramai 78 pesakit telah mendapat sumbangan berkenaan di DUN Wakaf Bharu.

Katanya, ia melibatkan sumbangan antara RM300 hingga RM500 bergantung atas jenis-jenis penyakit.

“Antara jenis penyakit kronik yang dibantu termasuk pesakit barah, pesakit terlantar, angin ahmar, jantung dan sebagainya,” katanya.

Pada lawatan berkenaan beliau turut menziarahi lima rumah penduduk di Kampung Belukar dan Kampung Periuk. Hadir sama isterinya, Nor Azhana Ab Aziz dan Skuad Kita Cakno DUN Wakaf Bharu. – HARAKAHDAILY 14/3/2024

- Advertisement -