Juara Piala MB: ADUN Kijang beri sagu hati RM4,000

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kejayaan pasukan DUN Kijang menjuarai Kejohanan Liga Piala Menteri Besar Kelantan setelah berjaya menewaskan DUN Meranti baru-baru ini tidak hanya terhenti di situ, sebaliknya mendapat sagu hati sebanyak RM4,000.

- Advertisement -

Sumbangan berkenaan diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Dato’ Dr Izani Husin sebagai menghargai pasukan berkenaan menjuarai liga tersebut.

“Kejayaan ini sebagai motivasi untuk pemain, pasukan pengurusan, penaja dan penghulu.

“Dengan saguhati ini menjadikan hadiah kemenangan mereka keseluruhannya sebanyak RM10,000 dan RM500 untuk man of the match, Mohammad Fikri Che Soh selaku penjaga gol pada malam itu,” katanya lagi.

Beliau melahirkan rasa kagum apabila melihat kesungguhan para pemain di padang demi mencapai kemenangan.

Tambahnya, beliau turut bangga kerana anak-anak DUN Kijang tidak hanya jaguh di kampung bahkan ada antara pemain itu telah dipanggil untuk mewakili pasukan sepak bola negeri.

“Tahniah dan terima kasih buat semua yang bertungkus lumus merealisasikan kemenangan dalam kejohanan Liga Piala MB kali ini,” sambungnya lagi.

Pada pertandingan malam itu, Kijang FC menewaskan Meranti FC dengan sepakan penalti 7-6 setelah berakhir tanpa jaringan dalam masa penuh. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -