Kenaikan SST: Kehidupan rakyat semakin terbeban

Wan Hasrina Wan Hassan
- Advertisement -

KLANG: Dewan Muslimat PAS Selangor membantah kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus yang berkuat kuasa mulai semalam.

- Advertisement -

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, kenaikan itu akan memberi kesan buruk kepada rakyat terutama golongan yang bergantung pada perkhidmatan harian dan keperluan asas.

“Kenaikan SST ini akan membebankan rakyat kerana kenaikan kos hidup akan memberi tekanan kepada rakyat, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah

“Pengurangan daya beli oleh rakyat akan mempengaruhi gaya hidup dan keperluan harian,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kenaikkan SST juga akan menyebabkan peniaga kecil terancam dan mungkin menghadapi kesukaran kewangan akibat kos operasi yang lebih tinggi.

Di samping itu, katanya kenaikan kos logistik hasil cukai SST yang mana ianya termasuk dalam servis kenderaan, akan memberi kesan kepada pengguna dan pemilik kenderaan.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengecualikan beberapa sektor seperti makanan, minuman dan telekomunikasi daripada kenaikan SST, kesan keseluruhan masih lagi membebankan rakyat.

“Rakyat marhaen perlu terus memantau perkembangan isu ini dan memastikan kepentingan mereka diutamakan oleh kerajaan hari ini, sesuai dengan janji-janji yang pernah mereka ucapkan sebelum memerintah,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/3/2024

- Advertisement -