Keliru: Perlunya naratif balas dalam isu Nik Elin

Wan Rohimi Wan Daud
- Advertisement -

GOMBAK: Banyak naratif balas (counter narative) perlu dilakukan dalam menghadapi pelbagai kekeliruan berhubung isu Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata banyak perkara yang dilakukan oleh media kerajaan yang menimbulkan banyak kekeliruan dalam isu tersebut.

Menurut beliau, perkara tersebut telah mempengaruhi orang ramai sehingga menyebabkan perlunya ada naratif balas.

“Lagipun, banyak naratif yang dimainkan oleh Nik Elin dengan alasan bahawa beliau cintakan perlembagaan yang mana perkara tersebut sangat tidak masuk akal,” katanya pada Konvensyen Penerangan PAS Pusat di Akademi Pengajian Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, hari ini.

Beliau juga bersetuju perlunya banyak lagi naratif balas dalam menghadapi isu-isu seprti itu lebih-lebih lagi apabila semakin meluasnya kekeliruan yang telah dimainkan oleh media kerajaan.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor itu berharap semakin ramai rakyat memahami isu tersebut melalui naratif balas.

“Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah kemenangan Nik Elin bukan permainan politik semata-mata kerana berkaitan dengan cabaran terhadap undang-undang syariah itu sendiri.

“Jadi perlunya kita peka melalui penggunaan naratif balas supaya sedikit sebanyak dapat menyedarkan orang ramai,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 2/3/2024

- Advertisement -