Kekayaan negara diurus baik dapat bantu golongan miskin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengurusan sumber kekayaan negara dengan baik dapat digunakan untuk membantu ramai golongan yang memerlukan termasuk pelarian.

- Advertisement -

Pengasas Women For Refugees, Davina Devarajan berkata terdapat kenyataan ‘Malaysia pertama golongan lain kemudian’ (Malaysian first others later) yang mana perkara tersebut adalah tidak tepat.

Tambah beliau, perkara tersebut adalah berpunca daripada dakwaan yang menyatakan bahawa kekayaan negara ini tidak cukup untuk membantu mana-mana golongan yang memerlukan.

“Sebenarnya negara kita ini sememangnya penuh dengan sumber kekayaan yang dapat digunakan untuk bantu semua orang susah tetapi dengan syarat mesti mempunyai pengurusan yang betul,” katanya.

Menurutnya, polisi sebegitu membolehkan sesebuah negara untuk mengalirkan bantuan kepada mana-mana pun golongan yang memerlukan.

Tambahnya lagi, tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang berlaku dalam pelaksanaannya tetapi masalah kemiskinan akan semakin berleluasa sekiranya tidak melakukan apa- apa tindakan.

“Oleh sebab itu pentingnya untuk kita faham betul-betul mengenai isu ini dengan baik kerana seperti kita lihat sekarang masalah kemiskinan masih lagi berlaku pada masa ini.

“Jadi pentingnya untuk kita berbuat sesuatu dalam menghadapi permasalahan sebegini,” katanya dalam Program Forum Dialog Kemiskinan 2 yang diadakan di Bangunan Canselori Universiti Malaya hari ini. Yang turut hadir ialah Presiden Food Bank Malaysia Muhammad Azrul Mohd Razak.

Sementara itu, Muhammad Azrul berkata, kesedaran terhadap golongan miskin perlu ditingkatkan kerana masih ada lagi golongan yang bersifat mementingkan diri.

Tambah beliau, sifat tersebut perlu diubah kerana tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata memandangkan masyarakat juga bertanggungjawab dalam menghadapi isu-isu sebegitu.

“Jadi kita kena beri kesedaran mengenai perkara sebegini kerana apa pun masyarakat itu sendiri kena ada nilai murni tanpa mengira agama dan bangsa.

“Jadi perkara sebegini perlu diambil perhatian apabila betul-betul nak menguruskan isu kemiskinan ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 2/3/2024

- Advertisement -