Bicara ‘ICJ: Apa impak, tindakan terhadap Israel’ malam ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Keputusan ICJ: Apa impak dan tindakan terhadap Israel?’ menjadi tajuk siaran langsung di sosial media Facebook milik Yayasan Permata Ummah pada malam ini bermula jam 8:30 malam.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi dijemput bagi mengupas tajuk tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Permata Ummah.

Menurut Yayasan Permata Ummah, Kerajaan Afrika Selatan telah bawa kes terhadap Israel untuk diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 29 Disember tahun lepas yang menuduh Israel melakukan sebuah ‘tindakan genosid’ dalam serangannya ke atas Gaza.

“Mahkamah yang berpangkalan di The Hague, Belanda itu memerintahkan supaya rejim Zionis mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, selain membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah itu.

“Keputusan ICJ ke atas kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Semenanjung Gaza ini mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penduduk wilayah tersebut.

“Apakah impak daripada keputusan ICJ tersebut dan apakah tindakan yang boleh dilakukan terhadap Israel?” katanya bagi mengajak ikuti siaran langsung pada malam ini. – HARAKAHDAILY 6/2/2024

- Advertisement -