ARC Expert Escort akhiri jelajah 4 negeri di Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Alternative Rider Club (ARC) Malaysia Expert Escort Team mengakhiri misi jelajah empat negeri di Perlis, semalam.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menyambut mesra rombongan tersebut di kediaman beliau.

“Nikmati dulu suasana di Perlis dan semua tempat-tempat menarik di sini sebelum pulang. Semoga selamat perjalanan dan tiba ke destinasi masing-masing selepas ini,” katanya.

Perlis, menjadi destinasi terakhir dalam Jelajah empat negeri setelah mengembara melalui Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Anggota misi jelajah sebelum itu bertemu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin di Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil, Arau. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -