Kursus setiausaha tambah baik pengurusan parti

- Advertisement -

LAHAD DATU: Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin menyifatkan, Kursus Setiausaha sebagai “turning point” bagi menambah baik kualiti pengurusan parti selaras dengan ketetapan PAS Pusat.

- Advertisement -

Menurutnya, kerja setiausaha melibatkan banyak perkara penting, antaranya pengurusan data keahlian, penyediaan dan pengurusan dokumen, penyediaan laporan, surat-menyurat dan pengurusan mesyuarat.

Katanya, kesemua perkara itu jika tidak diurus dengan baik, operasi pengendalian parti akan berjalan tidak lancar dan berkesan.

“Kita mahu para setiausaha di setiap peringkat memahami peranannya dan melaksanakan tugasnya dengan baik, supaya organisasi parti tersusun dan menepati kualiti pengurusan yang dikehendaki oleh PAS Pusat.

“Saya kira program akan mencapai objektifnya, sekiranya selepas ini, para setiausaha mampu mengurus fail mesyuarat, surat-menyurat dan pengurusan data keahlian PAS Lahad Datu di setiap peringkat baik di kawasan, cawangan-cawangan mahupun dewan-dewan,” ujarnya sewaktu merasmikan Majlis Penutup Kursus Setiausaha PAS kawasan di SRITI Tahfiz Lahad Datu, semalam.

Tambahnya, PAS kawasan antara kawasan terawal yang melaksanakan kursus setiausaha selepas Konvensyen Setiausaha PAS Sabah tempoh hari, sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan mutu pengurusan organisasi. – HARAKAHDAILY 22/1/2024

- Advertisement -