Waris tiga muslimat terima sumbangan SkimPAS

- Advertisement -

ALOR SETAR: Waris tiga muslimat yang meninggal pada nahas jalan raya Oktober lalu menerima sumbangan khairat kematian SkimPAS semalam.

- Advertisement -

Majlis yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon dihadiri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, PAS Pusat, Dr Rosni Adam. Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut hadir pada majlis berkenaan.

Tiga mangsa terbabit, Allahyarham Taibah Sulaiman dan Nurul Najihah Amzi diwakili suami masing-masing, manakala Allahyarham Fatihah Nabila Bukri, diwakili kedua ibu bapanya.

Mereka maut akibat dirempuh kereta di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan, ketika sedang membantu mangsa kemalangan di tempat terbabit.

Mereka bersama dua orang rakan lain dalam perjalanan pulang dari menghadiri Muktamar Tahunan PAS di IDCC, Shah Alam, Oktober lalu.

Dua daripadanya meninggal di tempat kejadian, sementara Nurul Najihah mati dalam perjalanan ke hospital.

Ketiga-tiga mereka merupakan penggerak utama Dewan Muslimat PAS Sungai Petani. – HARAKAHDAILY 17/1/2024

- Advertisement -