SkimPAS langkah positif perkasakan kebajikan ahli

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, menerima kunjung hormat Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr Rosni Adam, beserta rombongan di pejabatnya petang semalam.

- Advertisement -

Dalam perbincangan, beliau menyatakan bahawa fokus utama adalah pelaksanaan SkimPAS yang sedang digiatkan untuk pendaftaran ahli PAS di seluruh negara.

“SkimPAS ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta yang mendaftar, tetapi juga mencerminkan nilai infaq yang dapat dijadikan contoh untuk membantu saudara seagama,” katanya.

Selain itu ujarnya program SkimPAS juga merupakan langkah positif untuk memperkasakan kebajikan rakyat Perlis.

“Insya-Allah, ada manfaat bersama yang dapat kita jalankan terutamanya dalam memperkasakan kebajikan rakyat,” tambahnya.

Katanya lagi, pertemuan seperti itu menunjukkan semangat kerjasama di antara pihak-pihak terlibat dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat negeri.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Baharuddin Ahmad dan Wan Hassan Ismail. – HARAKAHDAILY 17/1/2024

- Advertisement -