Ketua Pemuda PAS Selangor ziarah keluarga arwah Zayn

Shukri Omar yang sangat memahami erti mempunyai anak austisme terpanggil untuk menziarahi keluarga arwah adik Zayn Rayyan.
- Advertisement -

Selepas lebih 40 hari berlalu, identiti pembunuh yang telah membunuh seorang kanak-kanak autisme, adik Zayn Rayyan, masih menjadi teka-teki.

Biarpun yang pergi tetap pergi, namun pembelaan dan keadilan tetap ditegakkan. Menyentuh tentang anak autisme, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Shukri Omar merupakan antara  individu yang sangat memahaminya.  

- Advertisement -

Beliau sendiri mempunyai seorang anak autisme berumur lapan  tahun. Sungguh, kurniaan amanah untuk menjaga anak syurga ini hanya diberikan kepada insan-insan yang terpilih sahaja.

Memori indah selama enam tahun antara arwah adik Zayn dan keluarganya sangat memberi makna yang mendalam terhadap keluarga ini.

Sehubungan lawatan tersebut, Shukri sempat bertukar cerita pengalaman menjaga dan mendidik anak istimewa ini, dan memberikan kata-kata semangat kepada keluarga arwah adik Zayn untuk terus tabah dengan ujian yang melanda, dan terus bersabar menantikan hasil penyiasatan pihak polis yang sudah hampir selesai.

Kisah pembunuhan adik Zayn ini mendapat perhatian yang sangat meluas pada akhir tahun lepas, bukan sahaja di Selangor, malah di serata Malaysia.

Shukri memberikan kata-kata semangat kepada keluarga arwah adik Zayn untuk terus tabah dengan ujian yang melanda.

Pemilik nama penuh Zayn Rayyan Abdul Matiin Zaim Ikhwan, yang baru berusia 6 tahun merupakan seorang kanak-kanak autisme yang tidak fasih berbicara. 

Kehilangan Zayn sebelum ini sudah mendapat perhatian oleh netizen kerana ibunya, Ismanira sering berkongsi berkenaan Zayn Rayyan di Facebook group autisme Malaysia.

Adik Zayn dipercayai hilang dari pandangan ibunya semasa mahu menaiki tangga apartment rumah mereka setelah baru pulang dari sekolah. 

Sebelum itu, sebagai rutin pulang sekolah, Zayn akan bermain sebentar di taman permainan berdekatan rumah mereka.

Setelah laporan polis dibuat petang Selasa 5 Disember, operasi mencari giat dilakukan termasuk menggunakan anjing pengesan K9, namun menemui jalan buntu. 

Kunjungan Shukri menyantuni keluarga arwah adik Zayn Rayyan atas dasar keprihatinan sesama insan.

Selepas lebih sehari tidak dapat dijejaki, akhirnya pada malam Rabu 6 Disember, adik Zayn Rayyan dijumpai seorang penduduk di sebatang anak sungai, kira-kira 200 meter dari rumahnya dalam keadaan tidak bernyawa.

Keesokan harinya, jenazah adik Zayn di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, dan polis mulanya mengklafisikasikan kematian adik Zayn sebagai mati mengejut. 

Namun, setelah laporan bedah siasat diperolehi, adik Zayn didapati meninggal dunia kerana dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah adik Zayn selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada Khamis 7 Disember 2024. Semoga kes adik Zayn Rayyan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Al-Fatihah.  HARAKAHDAILY  17/1/2024

- Advertisement -