Penghulu tingkat kefahaman rakyat dasar kerajaan negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 880 penghulu yang dilantik kerajaan negeri diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman rakyat terhadap dasar kerajaan negeri Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI).

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, peranan kepimpinan akar umbi itu sangat penting bagi memastikan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan negeri.

Katanya kerajaan negeri menyediakan pelbagai manfaat dan program kebajikan kepada rakyat selaras dasar PMBI yang dilaksanakan sejak 1990-an.

“Semua lapisan pimpinan termasuk penghulu hendaklah bekerja bersama untuk menjayakan dasar PMBI dan menjelaskan mengenai program kebajikan anjuran kerajaan negeri.

“PMBI bermatlamat untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap aspirasi kepimpinan yang merupakan elemen penting dalam mewujudkan kejayaan,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Penghulu Negeri Kelantan 2024 di Pusat Tarbiyah Islamiah di sini hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Urus Setia Pembangunan Penghulu Negeri, Jamaluddin Ishak.

Seramai 880 penghulu diraikan pada majlis tersebut yang membabitkan Penghulu Mukim, Penghulu Tanpa Mukim, Penghulu Parlimen, Penghulu Wakil Kaum dan Penghulu Seranta Kelantan.

Sebelum itu taklimat Dokumen Induk Penghayatan Membangun Bersama Islam oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Nazmi Ghazali Azmi. – HARAKAHDAILY 15/1/2024

- Advertisement -