Israel ikrar ambil alih Makkah, Madinah, Tur Sina

- Advertisement -

SEORANG penulis dan ahli politik Israel, Avi Lipkin berkata, garis sempadan Israel kini semakin meluas dan akan meliputi sebahagian besar negara-negara Arab, terutamanya Lubnan, Mesir dan Arab Saudi. 

“Saya percaya bahawa sempadan kita akhirnya akan meluas dari Lubnan ke gurun yang luas di Arab Saudi. Juga dari Laut Mediterranean ke Sungai Furat di Iraq. Di Seberang Sungai Furat ada orang Kurdi. Mereka adalah rakan kita.

- Advertisement -

“Saya yakin selepas itu kita akan mengambil alih Makkah, Madinah, dan Gunung Tur Sina. Kita akan sapu bersih semua lokasi berkenaan,” katanya.

Tekad dan ikrar itu disebut oleh Lipkin dalam satu rakaman video yang disebar menerusi media sosial. 

Kenyataan Lipkin adalah bersandarkan dokumen yang digagaskan pada tahun 1982 dikenali sebagai Dokumen Yinon. 

Dokumen bertajuk ‘Strategi Zionis Untuk Timur Tengah‘ itu ditulis oleh wartawan strategik, Oded Yinon untuk menjayakan visi penubuhan Zionis oleh Theodor Herzl pada tahun 1897.

Selain wartawan, Yinon juga adalah penasihat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon. 

Lipkin melihat Kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu hari ini benar-benar menjadikan dokumen berkenaan sebagai dasar kuasa politiknya bagi menjayakan projek besar mereka untuk mendirikan negara Israel Raya. 

Israel Raya ialah sebuah negara Israel yang meliputi seluruh kawasan dari Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Furat di Iraq. 

Jika berjaya, Israel akan ‘menelan’ beberapa buah negara Arab termasuk Lubnan, Syria, Jordan, Iraq, Arab Saudi dan Mesir. 

Sebagai langkah permulaan, penduduk Gaza perlu dihalau ke Sinai. Tebing Barat dan Gaza akan disatukan dengan wilayah-wilayah lain yang dikuasai sepenuhnya oleh Israel. 

Untuk menjayakan projek ini juga Israel perlu bekerjasama dengan beberapa buah negara proksi sekitarnya sebelum menelan mereka. 

ARIS HAZLAN ISMAIL – HARAKAHDAILY 11/1/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -