Rasuah jadi amalan politik mereka, tetapi dituduh PAS-PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Segelintir daripada wakil rakyat pembangkang yang menerima tawaran mencecah jutaan ringgit sebagai balasan sokongan kepada kerajaan menunjukkan rasuah menjadi amalan pihak tersebut. 

Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya mengingatkan kerajaan bahawa sepatutnya mereka melihat dan menilai kepada parti sendiri dalam menanggapi perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini.

- Advertisement -

“Bukankah amalan politik rasuah sudah berakar dalam kalangan parti dan kepimpinan mereka? Tidak wajar sama sekali ada pihak menyamakan PAS dengan parti mereka yang menggunakan harta dan kedudukan sebagai habuan utama dalam berpolitik,” tempelak beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, politik wang tidak pernah menjadi sebahagian amalan politik PAS sejak keberadaan di pentas siasah negara, malah sentiasa bertegas menyanggah serta membanteras sebarang bentuk rasuah politik demi mempertahan Islam dan negara tercinta.

Ironi sekali ujarnya, apabila ada pihak yang membuat dakwaan palsu bahawa PAS dan Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha membeli wakil rakyat ketika ini dengan kemewahan harta dan pangkat.

“Bagaimana mungkin sebuah parti miskin boleh menggunakan duit sebagai sogokan untuk mendapatkan sokongan? Sebaliknya merekalah yang telah menjadikan amalan tersebut untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat. 

“Satu demi satu kegagalan yang ditampilkan dalam pentadbiran hari ini menyebabkan rakyat semakin menjauhi mereka. 

“Usah menjadi mata lalat yang hanya tahu menyalahkan orang lain sedangkan rumah mereka sendiri hanya menanti masa untuk rebah gugur menyembah bumi,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 9/1/2024

- Advertisement -