Pengusaha hotel bantu kerajaan tarik pelancong

Hamzah Rosli
- Advertisement -

KOTA BHARU: Bagi membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024, pengusaha-pengusaha hotel turut mengembleng tenaga.

- Advertisement -

Mereka turut mengambil peranan mempromosikan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Pengurus Besar Hotel H-Elite Design Hamzah Rosli berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya bersama kerajaan negeri bagi menjayakan TMK 2024.

Katanya kakitangan H Elite turut memperkenalkan tempat-tempat menarik kepada pelancong ketika mereka menginap di hotel terbabit.

“Sejak dari dahulu lagi pelancong datang ke Kelantan untuk membeli-belah dan makan, jadi kita kena perkenalkan kepada mereka tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

“Kami tidak menyediakan kenderaan untuk membawa pelancong ke destinasi yang dipilih, bagaimanapun kita mengadakan kerjasama dengan travel ejen antaranya Jasa Teratai,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Hamzah juga berkata, pihaknya menawarkan promosi bilik harga rendah kepada pelancong ingin menginap di hotel berkenaan menerusi beberapa pakej yang ditawarkan.

Harga pakej berkenaan termasuk sarapan dan makan malam mengikut bilik yang dipilih pada harga RM270, RM370 dan RM470.

Beliau turut mencadangkan kerajaan negeri mempertingkatkan lagi aktiviti atau program untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.

“Pomosi di sempadan perlu diperbanyak sama ada dalam bentuk banner dan banting di pintu masuk termasuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan risalah juga perlu diletak di hotel,” ujarnya.

Menurutnya juga promosi bermusim sesuai diadakan contohnya musim buah-buah kerana pelancong asing berminat menaikmati durian sambil melancong. – HARAKAHDAILY 9/1/2024

- Advertisement -