JK The Greater Kedah ditubuh selaras data, aktiviti negeri

- Advertisement -

ALOR SETAR: Jawatankuasa ‘The Greater Kedah’ ditubuhkan bagi menyelaras data serta aktiviti kerajaan negeri dan anak syarikatnya.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Haim Hilman Abdullah.

“Jawatankuasa ini akan menyediakan laporan sama ada tahunan atau suku tahun untuk dikemaskini kepada orang ramai.

“Dengan cara demikian orang ramai dapat melihat pencapaian semasa kerajaan negeri dalam semua sektor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.

Jelasnya lagi, sebelum ini data-data terbabit berpecah di merata sektor sama ada pendidikan, sektor industri, sukan dan lain-lain.

Justeru kata Sanusi, dengan adanya jawatankuasa tersebut, semua data akan dikumpulkan, dianalisa serta diberi penekanan untuk mencapai matlamat ‘The Greater Kedah’. – HARAKAHDAILY 4/1/2024

- Advertisement -