Thaipusam: Kedah umum cuti peristiwa 25 Jan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada 25 Januari ini memberi laluan kepada penganut Hindu merayakan Thaipusam.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cuti peristiwa sempena Thaipusam telah dimulakan tahun lalu sejak PERIKATAN NASIONAL (PN) menerajui Kedah.

“Tahun lepas pun kita bagi cuti, tahun ini pun bagi. Kali ini umum lebih awal,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.

Dalam perkembangan lain, ujar Sanusi mesyuarat Exco itu merupakan yang pertama pada tahun 2024.

“Dua minggu tidak bermesyuarat kerana ramai yang bercuti. Mereka mengambil kesempatan cuti persekolahan untuk bercuti bersama keluarga,” katanya lagi.

Mengulas berkaitan Covid-19 di negeri itu, Sanusi berharap orang ramai dapat mematuhi langkah-langkah selamat agar penularannya dapat diputuskan.

“Saya harap orang ramai dapat mematuhi langkah-langkah pencegahan dan keselamatan Covid-19 ini,” tambahnya.

Kedah ujarnya telah mengalami ‘training’ dua tahun lalu, apabila pernah ‘dikurung’ akibat pandemik itu. – HARAKAHDAILY 4/1/2024

- Advertisement -