Wah…! Walanon cakap pasal dalil agama

- Advertisement -

SEMALAM ada tengok walanon yang hierarki dan berelaun tinggi sikit bercakap pasal agama. Biasalah walanon, bila kalah hujah, orang tak layan, dia corner baring cecah pipi kat selekoh, nak suruh orang tengok, tarik perhatian orang konon dia hebat ambil selekoh sambil tunggang agama. 

Yang pertama dia sentuh bab melaungkan azan pada malam tahun baru Masihi. Katanya lagi tidak boleh sesuka hati mengatakan asalkan ia baik, boleh dibuat. Hal sebegini memerlukan wahyu, kata beliau. Cewahh.

Kedua, isi yang sama, tetapi sedikit berlainan nadanya iaitu, sambut tahun baru Masihi, tak sesat atau kafir ke? Kerana Masihi ini mungkin adalah daripada ajaran triniti, Kristian yang mensyirikkan Allah, bukan Kristian yang mentauhidkan Allah. 

Kelihatan soalan itu amat mengagumkan pada yang membacanya. Pastilah terutamanya walanon yang kita tahu ketandusan pengetahuan am bab agama. Jadi terlalu, terrrlalulah hebatnya soalan itu, yang pastinya fikir walanon, orang PAS akan terkedu, berlipat dan bergulung lidah untuk menjawabnya. Baiklah, aku rasa ulamak tidak perlu menjawabnya, buang masa. Biar aku yang jawab.

Azan boleh dilaungkan selain daripada kerana masuk waktu solat. Dalam mazhab Syafie ada banyak tempat yang disunatkan untuk dilaungkan selain waktu solat seperti waktu bayi lahir, ketika perang, ketika kebakaran, ketika diganggu syaitan, untuk binatang atau manusia yang buruk akhlak dan tingkah lakunya dan beberapa keadaan lagi.

Insya-Allah azan yang dilaungkan pada malam tahun baru itu, kerana mahu menghalau syaitan agar lari dari majlis itu dan manusia yang buruk perangai supaya menjadi lebih baik. Dan kita maklum, apabila azan dilaungkan, syaitan-syaitan akan lari dan kepanasan. Diharap kalau ada yang terasa panas, boleh periksa sebab apa. Kerana dalam surah terakhir dalam al-Quran, surah an-Nas, syaitan itu dijelaskan terdiri dari kalangan jin dan manusia. 

Jika azan itu bukan bertujuan ibadat, maka boleh kita lakukan tanpa menyandarkan apa-apa pahala atau kaifiat dan tiada larangan khusus daripada Rasulullah. Jadi sudah terjawab dua masalah dalam soalan pertama itu iaitu sama ada kau syaitan sebab kepanasan dengar azan dan jika bukan ibadat, ia tidak memerlukan dalil.

Bagi soalan kedua pula, PAS bukan menyambut tahun baru seperti Kristian, kerana yang PAS buat tujuan utamanya ialah mengalihkan pengisiannya daripada yang mengarut seperti mabuk, konsert, kepada aktiviti menurut kehendak Islam seperti ceramah dan sebagainya. Macam tengok bola, bukan sunnah pun, tetapi PAS akan ajar bagaimana dan ajak penonton solat, jangan disibukkan dengan lagha bola itu sahaja. Walanon pergi tengok bola ke tak? Dalil mana dalil? 

PAS juga tidak pernah mengatakan ini adalah sunnah atau sambutan tahun baru Masihi ada dalam al-Quran atau Hadis sebagaimana kata Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang kisah Ashabul Kahfi ada dalam Bible. Jauh bezanya itu. Dan PMX masih belum meminta maaf kerana menghina kisah al-Quran itu. Jangan buat lupa dan alihkan isu. 

Kalendar Masihi adalah mengikut peredaran matahari dan kalendar hijrah mengikut pusingan bulan. Tiada juga di zaman Rasulullah sambutan tahun baru Hijrah dan penggunaan kalendar Hijrah hanya diputuskan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dengan mengarahkan tahun pertama Hijrah ialah tahun hijrahnya Rasulullah. Ia sebagai mengemaskan urusan pentadbiran Kerajaan Islam. Tidak bida’ahkah menyambut tahun Hijrah kerana Rasulullah tidak pernah menyambut, malah penetapannya berlaku selepas kewafatan Baginda? Umar juga tetap menggunakan nama bulan-bulan yang sama yang digunakan oleh Musyrikin. Umar menuruti perbuatan Rasulullah, tidak mengubah nama bulan. 

Oh ya, hampir lupa aku, kalau kau betul benci Kristian, habis kenapa cuti Krismas kau tak pergi kerja, ikut orang cuti juga? Tak takut ke nanti orang kata kau ikut Kristian sebab dia orang cuti hari itu, kan? Jelaskan, apabila dijawab, nampak nyata kebodohan walanon walaupun hierarki dan elaunnya lebih tinggi, tetapi IQ tetap membumi, malah lebih bawah lagi. Soalan nampak gah sebab ditanya di hadapan walanon yang tidak cerdik.

Gambar di bawah ialah pada waktu menyambut kemerdekaan, azan telah dilaungkan oleh Allahyarham Tan Sri Hasan Azhari. Walanon tak nak kritik ke? Sambutan merdeka Rasulullah tidak pernah buat dan apa keperluan azan waktu itu? Ada dalil wahyu? Amboi, mentang-mentang sayang dan cinta kepada Umno, segala mak nenek dari Umno kau jilat saja? 

MOHD NASIR ABDULLAH
3 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 3/1/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -