Tiada tanda-tanda bumi Palestin reda serangan Zionis

Rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera zionis Yahudi.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Setelah menjejaki tahun baharu 2024, masih tiada tanda-tanda bumi Palestin reda daripada serangan ganas Zionis Israel.

- Advertisement -

Sebaliknya tentera Zionis terus mengganas dengan mengebom dari udara, darat dan laut.

Sehingga kini seramai 21,991 penduduk Gaza syahid termasuk 9,000 kanak-kanak, 6,450 wanita.

Pengarah i-Relief and Humanitarian Outreach, Johan Ariff Ismail berkata, jumlah berkenaan termasuk 311 kakitangan perubatan, 209 pendidik, 136 kakitangan PBB, 106 wartawan dan 40 pertahanan awam.

Katanya, serangan itu merentasi sebahagian besar Semenanjung Gaza terutamanya di kem pelarian termasuk kem Al Bureij, An Nuseirat dan Al Maghazi.

“Statistik kerosakan akibat serangan rejim Zionis sehingga 30 Disember lepas turut menyebabkan 1.8 juta penduduk hilang tempat tinggal, 355,000 penduduk dijangkiti penyakit berjangkit.

“Selain itu 65,000 unit kediaman musnah sepenuhnya, 23 hospital tidak beroperasi, 117 masjid musnah termasuk tiga gereja dan 104 ambulans musnah,” katanya pada kenyataan.

Johan juga berkata, i-Relief Malaysia sedang menunggu kebenaran untuk menghantar ‘Food Basket’ sebagai ganti penghantaran ‘Makanan Siap Dimakan’ seperti yang lakukan sejak Oktober lepas. – HARAKAHDAILY 1/1/2024

- Advertisement -