Pemuda Shah Alam anjur program tarbiah anak PAS

- Advertisement -

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA) menganjurkan Program Tarbiah Anak PAS (PROTAS) selama tiga hari sempena cuti sekolah pada 26 hingga 28 Disember 2023.

- Advertisement -

Program tersebut dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Remaja (JPR) DPPSA diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam yang melibatkan anak-anak ahli PAS kawasan tersebut.

Menurut Penyelaras PROTAS yang juga Pengarah JPR DPPSA, Rahim Abdul Rahman, program kem tersebut bertujuan memenuhi Falsafah Pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi melahirkan Muslim seimbang dari aspek rohani, emosi, intelek dan jasmani.

Program tersebut diisi dengan modul pemantapan ilmu akidah, adab dan praktikal ibadah fiqh fardu ain, zikir ma’thurat, qiamullail, asas ikatan selain aktiviti lasak seperti kawad kaki, menunggang kuda, memanah, ‘flying fox’ dan ‘explorace’/ikhtiar hidup.

Menurut Fasilitator Latihan Dalam Kumpulan PROTAS, Ahmad Ansarullah Zulkifli semua peserta mengikuti program tersebut dengan jayanya, walaupun jadual program sangat padat dengan pelbagai aktiviti.

Turut bersama-sama menjayakan program tahunan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Shah Alam, Ustaz Mohamed Sukri Omar dan Ketua Pemuda DPPSA, Ustaz Aubidullah Fahimyang turut memimpin halaqah ilmu bersama-sama para peserta. – HARAKAHDAILY 28/12/2023

- Advertisement -