Pilihan raya PBT: Bagai limau masam sebelah

Aireroshairi Roslan
- Advertisement -

{ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ}

- Advertisement -

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

[Surah Al-Māʾidah: 8]

Minggu ini perang pena berkaitan isu Pilihanraya PBT cukup hangat dan sensasi diperkatakan. DAP menyatakan hasrat untuk melaksanakan pilihanraya PBT, sedang PAN menyambut dengan sokongan tanpa berbelah bahagi. Manakala PAS paling lantang bersuara dengan fakta menolak keperluan untuk membangkitkan isu ini dalam keadaan ekonomi dan politik masih tidak stabil.

Sudah terang lagi bersuluh, pilihanraya PBT yang dibangkit parti DAP ini adalah untuk memenuhi impian mereka merealisasikan agenda ‘Malaysian Malaysia’. Bila mereka menguasai bandar, maka lebih mudah untuk mereka mengatur ekonomi Malaysia.

Rancangan ini bermula dengan mendapatkan kebenaran untuk menyusun atur pendidikan mereka sendiri bermula dari peringkat rendah sehingga ke universiti puluhan tahun yang lalu. Setelah melahirkan cendikiawan dari kalangan mereka, lalu mereka mula menguasai ekonomi dan bandar² melalui sektor ekonomi. Ini yang sedang kita hadapi.

Apakah kita masih ingat ketika pemerintahan DAP selama 22 bulan yang lalu, syarat mahir mandarin menjadi kewajipan untuk diterima bekerja? Walhal ini tanah Melayu.

Sekarang mereka ingin maju selangkah lagi, menguasai pentadbiran bandar² besar. Dengan idealism sosialis, sistem demokrasi yang digunakan sebaiknya oleh DAP telah sampai kepada tahap yang merisaukan. Agenda beracunnya terang, tetapi mengikut laras demokrasi.

Sekiranya agenda ini dapat dilaksanakan sekarang, yang untung hanyalah sebelah DAP. Mereka berjaya mengukuhkan kedudukan mereka, tetapi merugikan kaum melayu keseluruhannya. Rakyat keseluruhan yang sedang menanggung susah akan ditimpa pula kerugian besar dalam aspek ekonomi, politik dan masa depan negara.

Langkah yang gopoh ini ‘bagai limau masam sebelah’. Hanya DAP yang mendapat laba dan habuan, rakyat semakin tertekan. Cadangan bacul dan dangkal sebegini akan terus ditentang.

USTAZ AIRE ROSLAN
Ketua Penerangan PAS Pahang

- Advertisement -