Benarkah MM2H tawar penduduk tetap, kemudian mengundi?

Shehdi Hazrik
- Advertisement -

TIGA pakej ‘Platinum’, ‘Gold’ dan ‘Silver’ yang diperkenalkan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing baru-baru ini dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) terus mendapat kritikan dan persoalan rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Kategori ‘Platinum’ dengan nilai RM5 juta dan ‘Gold’ RM2 juta manakala ‘Silver’ hanya perlukan RM500,000 dibawa oleh mana-mana warga asing masuk ke nagara ini dengan syarat menetap di negara kita dipinda dari 10 tahun kini hanya selama dua bulan atau 60 hari sahaja sudah layak untuk memohon status penduduk tetap.

Kerajaan Madani merancang mengambil jalan untuk membawa masuk pelabur tidak langsung melalui sektor pelancongan ini dengan tawaran menarik kepada warga asing dengan pemilikan hartanah di negara kita dari nilai RM1 juta sebelum ini dan kini diturunkan dengan hanya RM750 sahaja.

Bukan sekadar membawa masuk sejumlah wang fixed deposit atau simpanan tetap ke dalam bank tempatan, mereka juga diberi pelihan untuk membeli kediaman hartanah di negara kita sebagai sokongan kepada sektor perumahan namun ia dilihat menjadi saingan pula kepada rakyat Malaysia yang masih ramai lagi berusaha untuk memiliki rumah pertama mereka.

Malah mereka warga asing yang berpendapatan tinggi ini juga boleh menikmati subsidi negara, sedangkan rakyat negara T20 pula mahu ditarik subsidi mereka berperingkat walaupun merekalah golongan pembayar cukai terbesar negara.

Urusan penetapan status penduduk tetap sepatutnya diperketatkan dan perlu berhati-hati kerana kita masih belum selesai lagi isu 2 juta warga China yang dilaporkan masih berada dalam negara kita tidak kembali ke negara mereka lagi.

Ditambah dengan laporan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan 54,000 permohonan menjadi warga negara Malaysia yang kita tidak tahu mana datangnya mereka ingin menjadi penduduk tetap di negara kita.

Kita boleh akur mungkin permohonan atas sebab kelahiran luar negara dan perkahwinan pasangan dan kita sedar ia boleh disegerakan kerana jumlahnya tidak banyak.

Difahamkan dari 54,000 permohonan tersebut lebih 17,000 sudah diproses secara tergesa-gesa atas peruntukan kuasa menteri baki permohonan kini lebih kurang 36,000 lebih ini sepatutnya kita lebih berhati-hati dan perlu bentang laporan terperinci dalam Dewan Negara kerana ia melibatkan keselamatan negara kita.

Pihak KDN juga perlu keluarkan senarai jumlah jenis permohonan mereka dalam Dewan Rakyat agar rakyat mengetahui mereka yang menjadi warga negara kita ini adalah benar-benar menepati syarat ketat menajdi rakyat Malaysia.

Persoalan yang ditimbulkan oleh nitizen adalah bagaimana urusan memberi status penduduk tetap sepatutnya di bawah Kementerian Dalam Negeri atau Imigresen kini boleh pula diletakkan di bawah Menteri Pelancongan?

Penyokong kerajaan jika mahu respons anda tidak perlu pertahankan menteri jika anda boleh beri kefahaman dan penjelasan dengan baik, kerana apa yang kita bicara ini adalah soal keselamatan negara.

SHEHDI HAZRIK SAMSUDIN
Timbalan Pengarah Jabatan Amal Selangor – HARAKAHDAILY 19/12/2023

- Advertisement -