Pemilik gerai di Kuala Sungai berniaga di tapak baharu

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Seramai 19 pemilik gerai di Kuala Sungai yang diarah berpindah oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memulakan operasi perniagaan di tapak baharu bermula pagi semalam.

- Advertisement -

Sebelum ini mereka diarah berpindah ekoran tapak gerai terbabit terlibat dengan projek pembesaran jalan oleh kerajaan persekutuan.

Seorang peniaga yang terlibat memberitahu tapak ganti pemilik gerai di Kuala Sungai sudah selesai dan peniaga telah memulakan perniagaan.

“Kami mendapat tapak niaga di lokasi berhampiran dengan tapak lama. Cuma tapak terbabit disewa sendiri oleh para peniaga,” katanya di sini.

Dalam pada itu, tapak ganti yang disediakan oleh MBAS di Mergong tidak dipersetujui peniaga kerana agak jauh dari kediaman mereka.

Ekoran itu MBAS mencadangkan peniaga yang terlubat mencari lokasi yang sesuai sebagai tapak ganti.

Gerai dan surau di tapak terbabit sebelum ini dibangunkan oleh MBAS dan peniaga hanya dikenakan sewa RM5 sehari. – HARAKAHDAILY 17/12/2023

- Advertisement -