PM bukan-Melayu: Lim sedia angkat Melayu jadi SU Agung DAP?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang sepatutnya membuktikan kaum Melayu atau India boleh menjadi Setiausaha (SU) Agung parti itu sebelum mahu melihat bukan-Melayu menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke-8, Prof Madya Datuk Dr Marzuki Mohamad menyatakan demikian terhadap kesungguhan tokoh DAP itu mengulangi pernyataan tersebut buat sekian kalinya.

“Impian Lim Kit Siang untuk lihat orang bukan Melayu jadi Perdana Menteri tu tak salah. Sesiapa pun boleh ada impian. Lagi pun impian tu free. Tak kena bayar.

“Cuma bolehkah impian jadi kenyataan? Jawapannya boleh kalau ada komitmen. Jadi untuk berlaku adil kepada Lim Kit Siang, kita bagilah dia peluang untuk buktikan komitmen dia.

“Dalam parti DAP yang majoriti ahlinya adalah orang Cina, bolehkah Melayu atau India jadi Setiausaha Agung? Kalau ini boleh dibuat dalam parti dia sendiri, maka sekurang-kurangnya impiannya itu dijelmakan dalam bentuk komitmen.

“Barulah ada ‘weight’ apa yang dia kata. Kalau itu tak boleh dibuat, lebih baik dia jangan cakap apa-apalah,” ujar beliau terhadap cita-cita yang dinyatakan Kit Siang sebagai ‘Impian Malaysia’ itu.

Bagaimanapun reaksi banyak pihak menyifatkan lontaran veteran tersebut sebagai sebahagian agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang merupakan ‘Impian DAP’. – HARAKAHDAILY 14/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -