‘Sebelum jadi kerajaan nak kecilkan Kabinet’

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Rombakan Kabinet baharu Kerajaan Madani bukanlah berdasarkan kompetensi atau effciently tetapi sebenarnya untuk menyelamatkan Perdana Menteri sekarang ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia lebih kepada memenuhi tuntutan parti-parti komponen yang berada di dalam Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Apabila kedudukan tidak kukuh maka beliau (PM) perlu bergantung kepada parti-parti komponen yang membentuk kerajaan dan tuntutan itu mesti dipenuhi.

“Menteri yang dikekalkan pun sebelum ini tidak berfungsi, yang baharu dilantik pun belum tentu lagi,” jelas beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kata Sanusi, kabinet kerajaan persekutuan yang dbentuk semalam merupakan jumlah paling ramai sejak Malaysia ditubuhkan dengan penambahan menteri dan timbalan seramai lima orang.

Malah ia berlaku di era pemerintahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang sebelum ini berazam kecilkan dan kurangkan gaji Kabinet.

“Semua yang dijanji ‘dicapati’. Beliau melanggar janji serta cakap-cakapnya sendiri. Azam sebelum jadi kerajaan nak kecilkan Kabinet negara tapi dibesarkan.

“Nak beri pendidikan percuma, nak turun harga minyak. Semua hanya janji pilihan raya yang dibuat berkali-kali tetapi tidak ditunaikan.

“Sebaliknya jumlah ahli kabinet kini mencatat rekod Malaysia paling ramai dan berlaku ketika PH menjadi kerajaan,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 13/12/2023

- Advertisement -