Umno pecat seorang lagi Hang Nadim

- Advertisement -

DI BAWAH Presiden ini Umno kalah teruk dalam PRK Kemaman. Kekalahan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana Presiden sejak zaman Almarhum Tunku.

Umno terus mengecil dan ditolak rakyat khasnya umat Melayu sendiri yang di zaman Presiden-presiden terdahulu berdiri teguh di belakang kepimpinannya.

Dengan cuma 26 kerusi Parlimen, Umno di bawah Presiden ini enggan bermuafakat dengan parti-parti Melayu lain bagi membina kekuatan ummah sebaliknya memilih bekerjasama dengan musuh-musuhnya termasuk DAP demi menyelamatkan kepentingan dirinya.

Umat Melayu terus marah dan kecewa dan ini ditunjukkan dalam PRU15 lalu dan terbaru PRK Kemaman.

Sepatutnya dalam keadaan cemas dan hilang sokongan ini Umno segera bertindak tukar tiang pintu rumahnya (ambil sempena pesan Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail) tiba-tiba yang dipecat Hang Nadim yang berani menegur.

Isham Jalil masuk dalam senarai tokoh-tokoh Umno yang dipecat kerana berani berkata benar. (termasuklah Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan, Tan Sri Noh).

Siapa lagi selepas ini? Tahniah Zahid kerana enggan menerima kebenaran dan sebaliknya bertindak terhadap Hang Nadim. Hiduplah Umno di bawah beliau berterusan dilanggar todak.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 7/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -