‘Dr Sam paling tepat untuk mengubah semua ini’

- Advertisement -

KEMAMAN: Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin menyeru pengundi-pengundi Parlimen Kemaman yang berada di luar kawasan agar pulang mengundi esok.

- Advertisement -

Menurut beliau, kemenangan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam) esok amat penting dalam usaha mengubah budaya politik peringkat nasional.

Kata Bakri, rakyat terutama golongan muda sangat dahagakan budaya politik baharu yang lari dari kebiasaan politik pada masa sekarang.

“Anak muda bila fikir tentang politik mereka tergambar tentang caci maki, rasuah, penyelewengan. Mereka takahu semua ini.

“Mereka mahu orang yang boleh mengubah budaya ini. Dan Dr Sam adalah orang yang paling tepat untuk mengubah semua ini,” ujarnya semasa berucap dalam program ‘Speaker Corner & Flashmob sempena PRK Kemaman yang berlangsung di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, petang tadi.

“Saya nak pesan pada pengundi-pengundi yang berada di luar, tolong balik esok. Kita nak hantar Dr Sam, calon PM kita ke Parlimen,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

Program yang disertai oleh lebih 50 orang jentera pilihan raya PAS itu turut diserikan dengan persembahan silat dari Akademi Silat Ustaz Hazri Jusoh (ASUHJ). – HARAKAHDAILY 1/12/2023

- Advertisement -