44 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel

Tentera Israel menahan dua petugas media di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur pada 27 Mei 2021. (FOTO FAIL: ANADOLU AGENCY)
- Advertisement -

RAMALLAH, Palestin: Sekurang-kurangnya 44 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel, dan 29 daripada mereka telah ditangkap sejak 7 Okt tahun ini.

Dalam satu kenyataan pada lewat Selasa (28 Nov), pertubuhan wartawan tempatan, Sindiket Wartawan Palestin (PJS) berkata, tentera Israel telah  membebaskan 12 daripada wartawan yang ditahan selepas tamat tempoh tahanan, tetapi 29 masih lagi ditahan.

- Advertisement -

Terdahulu, PJS, pada Sabtu (25 Nov) lalu telah mengeluarkan sebarai  nama 70 wartawan dan pekerja media yang telah terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt itu, lapor Middle East Monitor.

Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran di Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Okt.

Ia telah membunuh lebih 15,000 orang, termasuk 6,150 kanak-kanak dan 4,000 wanita, menurut pihak berkuasa kesihatan di enklaf itu.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -