Kegagalan Rafizi dan PKR

- Advertisement -

KEGAGALAN terkini Rafizi adalah gagal menerima kritikan. Gagal juga membuktikan sebaliknya jika benar semua kritikan salah. 

Apabila kritikan serta kajian oleh pakar-pakar, penganalisa dan ahli akademik tidak dapat diterima, beliau menuduh mereka menganalisa tanpa fakta.

Katanya analisa pakar-pakar ini akhirnya salah apabila PKR menang, Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, PKR jadi kerajaan. 

Bagaimana pula dengan kemarahan Fahmi Fadzil suatu masa secara terbuka menghentam media kerana menulis jangkaan yang dibuat pakar mengenai kenaikan OPR.

Dan ternyata OPR menaik dan jangkaan tersebut tidak meleset. Begitulah dunia data dan analisis. 

Sebagai orang yang sering bercakap dengan fakta dan data, Rafizi sepatutnya boleh menerima ada jangkaan yang tepat dan ada jangkaan yang kurang tepat.

Tetapi jangkaan, kritikan dan kajian yang dibuat berdasarkan dapatan dan fakta semasa tidak boleh dinafikan. 

Bagaimana Rafizi mampu mengaku mereka dahulu pembangkang yang hebat jika hari ini menjadi kerajaan tidak boleh dikritik dan tidak boleh ditegur.

Tak ambil peduli dan tidak boleh menerima kritikan itu dua sikap yang berbeza dan yang kedua itu lebih teruk.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah
Pegawai Khas Menteri Besar Kedah
28 November 2023 – HARAKAHDAILY 28/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -