Bazar Pekan Rabu Sungai Petani akan dibangun semula

Mansor Zakaria
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri komited membangunkan semula Bazar Pekan Rabu, Sungai Petani yang agak suram ketika ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, setakat ini Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) menerima dua cadangan untuk membangunkan arked berkenaan.

Menurutnya, masalah parkir di bangunan tersebut akan diselesaikan dengan mewujudkan parkir berpalang yang akan dikendalikan oleh sebuah syarikat.

“Arked atau Bazar Pekan Rabu ini berada di sebelah bangunan UTC yang menjadi tempat tumpuan selain berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia dan stesen kereta api. Hal ini mengakibatkan masalah parkir kepada mereka yang hendak ke Bazar Pekan Rabu.

“Saya yakin selepas proposal itu diterima dan dilaksanakan, Bazar Pekan Rabu akan kembali ceria dan bermanfaat kepada orang ramai,” katanya menjawab soalan lisan Bau Wong (PH-Sidam) pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sungguhpun begitu ujarnya, cadangan itu diserahkan kepada pihak MPSPK untuk menilai dan sekiranya tidak sesuai kemungkinan bazar berkenaan akan ditukar kepada pasar raya.

Dalam pada itu, Mansor menafikan, hak berniaga di arked terbabit hanya kepada orang Melayu semata-mata sedangkan ia turut memberi peluang kepada bukan Melayu mengambil bahagian.

Tambahnya, sedangkan dalam masa yang sama perniagaan di hadapan bazar terbabit banyak dimonopoli kaum India dan Cina. – HARAKAHDAILY 27/11/2023

- Advertisement -