‘Selagi nadi berdenyut, tiada noktah perjuangan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Selagi nadi berdenyut, tiada noktah perjuangan,” kata Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari.

- Advertisement -

Beliau melahirkan kesyukuran kerana turut diberi ruang pada Himpunan Assabiqat Negeri Pahang di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradhawi (KOMTAQ), semalam.

“Alhamdulillah, semalam 25 November 2023 dapat bersama seramai kurang lebih 300 orang peserta dalam himpunan Assabiqat negeri Pahang yang berlangsung di KOMTAQ,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau yang juga Mudir KOMTAQ berkata, mereka adalah ibu-ibu yang melahirkan para pejuang dan pendukung gerakan Islam hari ini.

“Mereka adalah pejuang-pejuang yang bersusah payah dalam menggerakkan jemaah ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya, golongan assabiqat itu juga adalah muslimah yang menanam benih-benih perjuangan waktu lalu.

“Merekalah juga hari ini melihat benih-benih itu hidup subur dan mengeluarkan buah-buah yang baik dan ranum hari ini.

“Meraka terus istiqamah dalam jemaah ini sehingga akhir hayat insya-Allah,” tambahnya.

Ustaz Kamal mengucapkan terima kasih atas ruang yang diberikan dan memilih KOMTAQ untuk diadakan program itu. – HARAKAHDAILY 26/11/2023

- Advertisement -