Calon BN PRK P.040 Kemaman perlu jawab isu LCS

- Advertisement -

CALON BN untuk Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Seorang pegawai kanan tentera Malaysia, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Tidak pasti mengenai keahlian beliau dalam Umno. Apa yang pasti, beliau adalah orang baharu yang telah menenggelamkan semua senior Umno Kemaman termasuk Datuk Shabery Cheek dan Dato’ Seri Ahmad Said.

Dikatakan beliau dipilih kerana pengalamannya dalam ATM. 

Tan Sri merupakan pegawai tinggi tentera pada 2016 iaitu ketika projek LCS dalam pelaksanaan sebelum bersara pada 2018.

Sebab itu dalam sidang media tempoh hari Zahid Hamidi kata beliau telah kenal lama dengan calon BN ini. Zahid sendiri merupakan mantan Menteri Pertahanan (2009-2013).

Justeru selaku pemimpin utama Angkatan Tentera, calon BN Kemaman ini pasti tahu berkenaan projek LCS.

Apatah lagi sepanjang tempoh perkhidmatannya projek LCS mengalami perkembangan yang sangat perlahan. 

Mungkin fasa kempen Kemaman dengan medan yang luas terbentang ini wajar dijadikan kesempatan untuk Tan Sri berikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu LCS. Ramai nak tahu.

Sekian.

“Generasi Sejahtera, Mengisi Kemenangan”
“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”

MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ BURHANUDDIN
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
24 November 2023 – HARAKAHDAILY 24/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -