Presiden PAS terima kunjungan hormat Duta Qatar

- Advertisement -

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Duta Qatar ke Malaysia, Salah bin Mohammed Al-Sorour di Rusila sempena lawatan kerja beliau ke Terengganu hari ini.

- Advertisement -

“Kami berbincang situasi terkini rakyat Palestin dan tindakan yang wajar dilakukan oleh pemimpin dunia Islam,” ujar beliau menerusi laman Facebook.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang juga merakamkan penghargaan kepada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang menjadi pemain utama dalam menjayakan gencatan senjata di Gaza.

“Semoga pertemuan hari ini memberi natijah yang baik kepada hubungan erat yang terjalin di antara Malaysia dan Qatar,” katanya lagi.

Salah Mohammed Al-Sorour juga turut melakukan kunjung hormat kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata beliau amat berbesar hati menerima kunjungan hormat tersebut.

“Kami terbuka untuk sebarang peluang yang berpotensi antara Qatar dan Terengganu untuk manfaat kedua-dua rakyat kami.

“Terima kasih kerana sudi datang ke negeri Terengganu kami yang aman, sehingga berjumpa lagi di masa akan datang,” katanya pada catatan di laman sosialnya. – HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -