Isu LCS: Peluang calon BN perjelaskan kepada rakyat

- Advertisement -

SATU kontrak akhirnya ditandatangani pada Julai 2014, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dijadualkan membina kapal-kapal berkenaan dengan bantuan syarikat Perancis, DCNS bermula 2015.

Pada Disember 2011, Kementerian Pertahanan memberikan kontrak bernilai RM9 bilion kepada BNS untuk membina enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan tentera laut.

Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah seorang pegawai kanan tentera Malaysia, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Beliau Panglima Tentera Darat Ke-25 dalam jawatan 15 Jun 2013 – 16 Disember 2016 dan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-19 pada 16 Disember 2016.

Walaupun ketika pemberian kontrak itu, calon PH-BN PRK P.040 Kemaman itu belum lagi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia tetapi semasa beliau berkhidmat bermula 2016 sehingga 2018, projek LCS dalam pelaksanaan.

Selaku pemimpin utama Angkatan Tentera, beliau wajib mengambil tahu projek mega anugerah MINDEF kepada BNS.

Calon PH-BN yang ketika itu menjadi pemimpin angkatan bersenjata Malaysia yang merangkumi tentera darat, laut dan udara juga seharusnya mengambil perhatian terhadap projek LCS kerana BNS adalah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media, semasa beliau berkuasa sebagai Panglima progress projek LCS adalah pada kadar 39.67 peratus.

Pada pertengahan perkhidmatannya tidak banyak perkembangan dalam pembinaan kapal LCS yang hanya mencatatkan  pencapaian sebanyak 46.99 peratus pada Januari 2017.

Manakala pada tempoh hujung perkhidmatannya Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Affandi sebagai panglima, setahun selepas Januari 2017 perkembangan pembinaan kapal tempur LCS hanyalah mencapai 3.16 peratus kepada 50.15 peratus pada Januari 2018.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya projek LCS mengalami perkembangan yang perlahan. Dalam tempoh tiga tahun hanya 10.48 peratus mengalami perkembangan yang sangat rendah.

Oleh itu, setelah bersara daripada perkhidmatan dan pada ketika ini, selalu calon BN-PH PRK P.040 Kemaman adalah satu tempoh dan masa yang sangat sesuai kepada Jeneral untuk menjelaskan perkara sebenarnya mengapakah projek bernilai bilion Ringgit menjadi tergendala sekian lama.

Bagi kami bekas anggota angkatan bersenjata Malaysia berasa sangat malu dengan perkara yang telah berlaku.

Medan PRK Parlimen ini yang menjadi tumpuan media nasional dan antarabangsa adalah wadah yang paling sesuai untuk Tan Sri memberikan penerangan kepada rakyat khususnya para pengundi di Kemaman dan negara amnya.

Justeru itu kita sangat berharap nama Tan Sri selaku mantan Panglima dan seluruh warga serta bekas-bekas tentera dapat dibersih dari terpalit dengan skandal LCS yang masih lagi belum diselesaikan.

LEFTENAN KOLONEL (B) MOHD NAZARI MOKHTAR 
Presiden 
Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat)
23 November 2023 – HARAKAHDAILY 23/11/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -