Pekerja bumiputera tidak mahir dan ‘jerat kelas menengah’

Shaharizukirnain Abd Kadir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir membangkitkan taraf ekonomi pekerja bumiputera yang tidak mahir pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Ekonomi menyatakan pelan induk yang telah dirangka untuk meningkatkan taraf ekonomi pekerja bumiputera tidak mahir sekali gus mengeluarkan mereka dari ‘jerat kelas menengah’.

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat yang mula bersidangan jam 10.00 pagi ini.

Ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang mengemukakan pertanyaan hari ini sebagaimana di bawah.

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Ekonomi menyatakan perincian mengenai pengasingan kuasa Kementerian Kewangan di bawah tata kelola Kerajaan Madani, yakni sama ada Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah Menteri Ekonomi dan Perbelanjaan Mengurus (OE) di bawah Menteri Kewangan.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan bagi mengelak kesesakan lalu lintas, laluan sempit di kawasan pertembungan di antara 3 laluan utama ke Bukit Gantang dan Taiping, iaitu Lebuhraya WCE Susur Keluar Changkat Jering, Lebuhraya PLUS Susur Keluar Changkat Jering dan Laluan Persekutuan FT060 Changkat Jering-Batu Hampar.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Ekonomi menyatakan projek-projek strategik dan inisiatif-inisiatif dalam National Energy Transition Roadmap (NETR) yang dilancarkan pada 27 Julai lalu bagi Malaysia mencapai sasaran 70% tenaga diperbaharui menjelang 2050.

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan untuk memastikan Jelapang Padi Negara di Tg. Karang dapat diperkasa, jadi apakah tindakan, pelan dan langkah Kementerian dalam memastikan sawah padi di Tg. Karang dapat dipertingkatkan hasilnya bagi meningkatkan ekonomi petani dan pengusahaan sawah padi terus relevan dan lestari. Penyelesaian tuntas harus merangkumi pengairan, benih, baja, racun dan pemulihan tanah serta pengurusan sawah itu sendiri secara komersial.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan:

(a) apakah garis panduan KPT berkenaan penempatan pelajar di IPTA; dan
(b) apakah garis panduan KPT untuk menangani kos sara hidup pelajar di IPTA.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera yang semakin lama semakin meliar di kawasan kediaman penduduk di kampung serta merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Apakah inisiatif bagi menangani masalah haiwan perosak ini.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Ekonomi menyatakan pelan induk yang telah dirangka untuk meningkatkan taraf ekonomi pekerja Bumiputera tidak mahir sekaligus mengeluarkan mereka dari ‘jerat kelas menengah’.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian bagi menyokong dasar penanaman padi lima kali dua tahun bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) produktiviti beras negara.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah Centralized Living Quarters (CLQ) atau asrama pekerja di seluruh negara beserta dengan kapasitinya. Apakah usaha Kerajaan dalam membantu pihak majikan yang ingin membina CLQ bagi memudahkan asrama yang memenuhi standard dibina untuk pekerja mereka.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Ekonomi menyatakan indikator pengukuran kemiskinan sifar yang disasarkan untuk dihapuskan menjelang akhir tahun ini dan sehingga September 2023. Berapakah jumlah rakyat Malaysia yang dikategorikan miskin tegar dan daripada jumlah itu berapa ramaikah yang telah berjaya disifarkan sepanjang Kerajaan PH-BN memerintah.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) diperluas di seluruh negara dan memberikan pulangan yang signifikan kepada pengeluaran padi.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan perancangan Kementerian atau agensi seperti RISDA dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah atau penoreh yang sangat terkesan ketika ini selain bantuan-bantuan sedia ada seperti bantuan musim tengkujuh dan program peningkatan ekonomi dengan memberikan peluang atau latihan untuk menjalankan perniagaan.

Dato’  Hajah  Siti  Zailah  binti  Mohd  Yusoff  [Rantau  Panjang] minta Menteri  Sumber  Asli,  Alam  Sekitar  Dan  Perubahan  Iklim menyatakan tindakan segera Kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang mengakibatkan banjir yang akan berlaku di negeri Pantai Timur sebagai langkah untuk mengatasi KESBAN yang masih belum siap sepenuhnya.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Kerja Raya menyatakan mengapa jalan FT 109 dari Kampung Gajah ke Teluk Intan sejauh 27 kilometer tidak dibaiki sebaiknya, sebaliknya hanya ditampal setiap kali rosak sehingga berlaku kemalangan terutamanya di selekoh Kampung Teluk Memali.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri menyatakan sejauh mana komitmen Kementerian dalam memudahkan proses perdagangan dan perniagaan dengan mengurangkan kerenah birokrasi melalui usaha berterusan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti MIDA, MATRADE, SME Corp, MPC, MIDF dan sebagainya.

Tuan  Haji  Mohd  Misbahul  Munir  bin  Masduki  [Parit  Buntar] minta Menteri  Pertanian  Dan  Keterjaminan  Makanan  menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi memastikan bekalan makanan negara terutama beras tempatan mencukupi dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) apakah inisiatif Kementerian agar masalah benih ikan patin yang kebolehtahan hidupnya semakin rendah dapat diselesaikan, terutamanya di Jerantut; dan
(b) adakah Kementerian akan memberi  subsidi  untuk makanan ikan para penternak ikan patin.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Ekonomi menyatakan projek yang diperuntukkan untuk pembangunan daerah Sik khusus untuk mensifarkan kemiskinan di daerah ini.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah KPTM mempunyai cadangan untuk menukar bantuan subsidi minyak diesel 70 juta liter bersamaan (RM87,500,000.00) sebulan kepada kapal laut dalam kategori A, B dan C kepada intensif pendaratan ikan. Ini bagi meningkatkan produktiviti, kawalan hasil lautan negara serta ketirisan minyak subsidi diesel.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan berapa nilai kutipan cukai Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) (SES) bagi tahun 2022 dan suku pertama tahun 2023, dan nyatakan jumlah yang telah dibelanjakan dalam penanaman semula serta penyelidikan hasil daripada cukai SES ini dalam tempoh tersebut.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tindakan yang telah diambil bagi menarik golongan pemandu gig terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang-bidang yang mempunyai hala tuju pekerjaan yang menjamin masa depan melalui Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET. – HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -