Gencatan senjata: HAMAS umum keputusan perjanjian

- Advertisement -

BERDASARKAN tanggungjawab kami terhadap rakyat Palestin yang sabar serta usaha tanpa jemu yang kami lakukan bagi menguatkan keteguhan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, kami harap ini dapat memberikan kelegaan dan menyembuhkan luka mereka dan dapat memenuhi kehendak kemenangan pejuang kami pada 7 Oktober dalam menghadapi musuh Zionis.

Selepas rundingan yang sukar dan rumit selama beberapa hari, kami mengumumkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa, bahawasanya kami telah mencapai perjanjian gencatan senjata kemanusiaan (gencatan senjata sementara) untuk tempoh empat hari dengan usahasama Qatar dan Mesir yang gigih dan amat dihargai, butirannya seperti berikut:

● Gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak.

● Pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh tentera penjajah di semua kawasan di Semenanjung Gaza.

● Pemberhentian pergerakan kenderaan tenteranya yang memasuki Semenanjung Gaza.

● Membawa ratusan trak bantuan kemanusiaan, bantuan, perubatan dan bahan api ke semua kawasan di Semenanjung Gaza, tanpa pengecualian, di Utara dan Selatan.

● Pembebasan 50 orang wanita dan kanak-kanak tahanan Israel di bawah umur 19 tahun sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 wanita dan kanak-kanak rakyat Palestin dari penjara penjajah di bawah umur 19 tahun.

● Menghentikan melintasi laluan udara Gaza Selatan selama empat hari.

● Menghentikan melintasi laluan udara di Utara Gaza selama 6 jam sehari dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.

● Semasa tempoh gencatan senjata, penjajah Israel tidak boleh menyerang atau menangkap sesiapa sahaja di semua kawasan di Semenanjung Gaza.

● Memastikan kebebasan pergerakan orang ramai (dari Utara ke Selatan) di sepanjang Jalan Solahuddin.

Syarat-syarat perjanjian ini telah dirumuskan selaras dengan visi pejuang yang bertujuan untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin dan menguatkan keteguhan mereka dalam menghadapi penjajah. Kami sentiasa mengambil kira pengorbanan, penderitaan dan kebimbangan mereka. Rundingan ini dijalankan dengan penuh keteguhan meskipun terdapat banyak cubaan untuk melengah-lengahkan masa dan menangguhkan rundingan.

Semasa kami mengumumkan perjanjian gencatan senjata, kami mengesahkan tangan kami akan kekal pada penaung dan briged kami yang menang akan terus berjaga-jaga untuk mempertahankan rakyat Palestin dan mengalahkan penjajah  dan pencerobohan.

Kami berjanji kepada Palestin bahawa kami akan tetap setia kepada mereka, pengorbanan mereka, kesabaran mereka, ikatan mereka, dan aspirasi mereka untuk pembebasan, pemulihan hak, dan penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

HAMAS
Gaza, Palestin
Rabu, 08 Jamadil Awwal 1445H | 22 November 2023 – HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -