Ustaz Fauzi ketua pembangkang pertama daripada PAS

DUN Pulau Pinang

- Advertisement -

PULAU Pinang atau lebih dikenali dengan ‘jantung DAP’ telah mengalami serangan politik luar jangka apabila PN berjaya menguasai sebanyak 11 kerusi DUN dalam PRN ke-15 yang lalu. 7 kerusi PAS dan 4 kerusi BERSATU.

Jumlah ini adalah sangat signifikan berbanding pencapaian DAP dan sekutunya di Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, apatah lagi Terengganu yang merupakan kubu kuat kepada PAS atau PN.

Jumaat yang lalu, telah diumumkan secara rasmi bahawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang buat kali pertamanya dilantik daripada PAS, iaitu YB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Beliau adalah merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan telah memimpin PAS Pulau Pinang sejak tahun 2015. Beliau dalam PRN yang lalu berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) di DUN Sungai Dua, dengan majoriti sebanyak 5,509 undi.

Ini adalah pengiktirafan besar buat PAS apatah lagi di Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada kaum bukan-Melayu dan Islam ramai berbanding negeri-negeri yang kini ditadbir oleh PAS seperti di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada PAS Pulau Pinang khususnya atas kejayaan besar ini. Insya-Allah PAS dan PN akan memimpin Pulau Pinang dalam PRU ke-16 ini, Allahuakbar! – HARAKAHDAILY 19/11/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -