Cadangan naik taraf jalan sejak 2016 belum jadi kenyataan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jalan yang menghubungkan Pasir Mas-Rantau Panjang sehingga ke sempadan Thailand dicadang diperbesarkan sejak 2016, namun belum menjadi kenyataan sehingga sekarang.

- Advertisement -

Ahli Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, jalan terbabit yang menjadi penghubung penting antara dua negara sering mengalami kesesakan lalu lintas.

Sedangkan katanya laluan di sebelah Thailand sudah lama dinaik taraf yang menghubungkan pekan-pekan di Narathiwat.

Kata beliau cadangan pembesaran laluan tersebut dibuat sejak tahun 2016, namun tiada perkembangan lanjut sehingga sekarang.

“Laluan Pasir Mas-Rantau Panjang sangat sesak terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana pekan Rantau Panjang menjadi pintu masuk utama ke negara jiran.

“Saya berharap kerajaan memberi keutamaan projek tersebut memandangkan jalan di sebelah Thailand jauh lebih besar dan sempurna,” katanya di sini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, banyak jalan di Rantau Panjang sering tenggelam akibat banjir di musim tengkujuh sehingga banyak jalan rosak.

Menurutnya jalar tar mudah berlubang dan merekah apabila ditenggelami banjir dan kesan dilalui kenderaan berat.

“Wajar pihak berkaitan membuat kajian sama ada jalan tar atau simen lebih sesuai di kawasan yang sering ditenggelami banjir di Rantau Panjang.

“Ini kerana di Thailand di lokasi yang sering ditenggelami banjir dibina jalan daripada simen kerana ia lebih tahun biarpun ditenggelami banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

- Advertisement -