Timbalan SUK dilantik Pegawai Kewangan Negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan (Pembangunan) Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dilantik Pegawai Kewangan Negeri yang baharu.

- Advertisement -

Beliau menggantikan Dato’ Norazman Abdul Ghani yang bersara wajib.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nasruddin Daud di ruang legar Bilik Gerakan Negeri Aras Satu semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato’ Mohd Amar Abdullah dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

“Saya merakam ucapan tahniah, semoga dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti.

“Saya juga merakam ucapan penghargaan kepada mantan Pegawai Kewangan Negeri atas segala jasa bakti sepanjang perkhidmatan, semoga Allah SWT memberi sebaik-baik ganjaran,” kata Menteri Besar.

Sebelum ini Tengku Mohamed Faziharudean berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!