Semak akta tangani perjudian secara komprehensif

Dato' Ahmad Yahaya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengambil maklum terdapat keperluan untuk melaksanakan semakan ke atas Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan Wang Terkumpul 1967, Akta Loteri 1952 dan Akta Pertaruhan 1953.

- Advertisement -

Kementerian itu menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ahmad Yahaya di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan semakan terhadap Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan Wang Terkumpul 1967, Akta Loteri 1952 dan Akta Pertaruhan 1953 bagi menangani isu perjudian secara komprehensif.

Sehubungan itu, ujar kementerian, pihaknya sedang membuat semakan secara menyeluruh untuk memastikan kawal selia ke atas aktiviti perjudian dapat dilaksanakan secara komprehensif. – HARAKAHDAILY 15/11/2023

- Advertisement -